Followers

Sunday, October 17, 2010

lakhanat!!! jangan cuba ko nak kristiankan sesiapa!!


We should pray for his salvation. Either the Lord changes his heart and he will be a good Muslim and join PAS to fight for righteousness, or he meet Jesus in his ICU bed and become a devout Catholic and then fight for the rights of Christians to use 'Allah'. Let's pray together.-malaysiakini

Saya cuba terangkan dalam Bahasa Malaysia mengikut kemampuan saya. Jika saya salah tolong betulkan saya.

Kita harus berdoa untuk kesejahteraan dia . Mungkin Tuhan mengubah hatinya dan dia akan menjadi Muslim yang baik dan menyertai PAS untuk perjuangkan kebenaran, 
atau dia bertemu dengan jesus di katil ICU dan menjadi seorang Katolik yang taat dan kemudian memperjuangkan hak-hak orang Kristian untuk menggunakan 'Allah'. Mari kita berdoa bersama-sama.

Saya tidak mahu mengulas panjang-panjang, saya serahkan kepada rakan-rakan pembaca atau rakan-rakan blogger mengulasnya dan kita sama-sama fikir apa yang patut kita lakukan kepada malaysiakini.


cakap boleh sebarang cakap...terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata buruk padahnya...aku tau Malaysia Kini akan berkata mereka xde maksud sebegitu,tetapi rakyat akan menilai dai apa yang mereka baca..apa yang aku nak cakap ialah,malaysia kini memang bangsat..dulu, kini dan selamanya.

semoga tok him selamat..jom solat hajat petang nih..





Ybhg Timbalan Presiden dgn segala hormatnya menjemput kepimpinan PERKASA dan ahli PERKASA ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin serta Doa Selamat buat YB Dato' Presiden yg akan menjalani Pembedahan Pintasan Jantung. -
Pada 17/10/10 (AHAD) Masa - 6.30 ptg - Lokasi di DE PALMA HOTEL, AMPANG.sumber papa gomo.





camni lah cara nak buat solat hajat...bukan nya buat solat hajat ntuk bagi prang pecah perut...bukan juga buat solat hajat kena depan Kaabah...nawaitu mesti lah ikhlas...

Friday, October 15, 2010

budak hilang...sebarkan.


aku harap budak nih bukan di culik la,setakat hilang sesat je la...kesian dowh kat parents anak2 yang hilang nih...kawan2 sila sebarkan..

Thursday, October 14, 2010

buat ape pakai kondom...lagi sedap 'bogel'...

aljuburi liwat saiful LAPAN KALI dalam masa 2bulan dan tak pakai kondom....gilo..



KUALA LUMPUR, 14 Okt — Pakar patologi forensik memberitahu mahkamah bahawa memang ada tanda-tanda wujudnya penetrasi di bahagian dubur saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun tiada penemuan klinikal untuk menyokong kejadian itu.


Pakar forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berkata, kekurangan kesan ekoran penggunaan bahan pelincir kemungkinan menyebabkan tgiadanya kesan klinikal penetrasi ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"En Saiful memberitahu saya apa yang berlaku, dia telah diliwat oleh seorang personaliti berprofil tinggi selama beberapa bulan," kata Dr Siew di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.


Malah menurut Dr Siew, Saiful juga memberitahunya bahawa kondom tidak digunakan ketika hubungan seks luar tabii itu.


Anwar sedang dalam perbicaraan terhadap dakwaan meliwat Saiful, bekas pembantunya itu, di Unit 11-5-1, Kondomonium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Perbicaraan disambung semula hari ini, kira-kira seminggu selepas seorang lagi pembantu Anwar, Rahimi Osman, yang juga rakan Saiful, membuat laporan polis mendakwa dia telah dipaksa menandatangan dua akuan bersumpah berkaitan dengan kes liwat Anwar.
Rakan Dr Siew, Dr Khairul Nizam Hassan yang turut memeriksa Saiful memberitahu mahkamah bahawa tiada penemuan klinikal penetrasi pada dubur saksi utama itu.


Bagaimanapun sebagaimana dikatakan oleh Dr Siew, Dr Khairul memberitahu bahawa penetrasi juga boleh wujud tanpa tanda kecederaan.
Dr Khairul yang mendapatkan sampel-sampel daripada Saiful menambah, beliau menemui kesan air mani pada kapas kesat B5, B7, B8, B9, tetapi tiada kesan didapati pada kapas kesat yang lain.

Sumber Bernama


kenapa tak pakai kondom?sebab best laaa....lagi satu apa mau kesah...jambu dia semua lelaki...bukan boleh mengandung pon..kalo kantoi air mani kate je la konspirasi UMNO...memang senang menjadi seorang ALJUBURI nih...main bontot memang pakar..kaki alih kes dengan konspirasi 'berkotak-kotak'...kaki putaq alam..kaki tangguh...

Wednesday, October 13, 2010

Rais Yatim vs Rocky's bru..bloggers jangan cepat melatah..

sekarang nih kecoh pasal rais yatim buat repot polis terhadap blogger tersohor Datuk Ahirudin Attan a.k.a. rocky's bru..kerana rocky telah membuat satu post yang telah 'membengkekkkan' rais. ni lah post contorversi tuh.."Who gets Santa Rais' RM1bil handout?" .by rocky's bru..

Christmas is stll over two months away but the talk is Santa is already in town in the form of Rais Yatim, our Information + Telco ministry. How much? Close to a billion ringgit, courtesy of existing telco players, including Telekom Malaysia. The money will go to three out of nine companies which have been awarded licences to operate Wimax and 3G. Why three companies? Dunno. Which three? Dunno, but Big Dog heard some disturbing about a Minister's son being part of the nine, or three. There's also talk about a D-G's son or KSU's son being involved. But talk is cheap and gets cheaper by the day. The business site T n T also has the story,here

dalam kenyataannya, rais mengatakan "Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dengan dakwaan yang berniat jahat itu dan saya akan menggunakan hak saya dibawah undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada SPRM agar satu siasatan dapat dilakukan. Ianya menyedihkan apabila mendapati blog tersebut turut membuat spekulasi dan tuduhan salahlaku terhadap Ketua Setiausaha Kementerian dan juga penjawat awam lain."

pada pendapat aku,apa yang Rais buat nih ada betulnya,sebab dia cuba mempertahankan dirinya daripada di tuduh,dan ini membawa maksud bahawa beliau berkata beliau tidak bersalah. bukan macam orang2 lain yang kena hentam dalam blog tapi diam je..diam tanda setuju...tetapi aku tidak pula mengatakan Rocky salah...sebagai blogger OTAI,aku pasti Rocky dah ada hujah beliau sendiri...kedua2 pihak tak salah lagi buat masa ni...cuma masa yang akan menentukan...

namun pendapat neutral daily pula berbeza dengan aku.

who-gets-santa-rais-rm1-billion-handout.

Rocky kena report Polis oleh seorang menteri hari ini. Menteri mana? baca sini

Esok Rocky kena soal dengan SKMM/MCMC pukul 10.30 Cyberjaya. Dekat mana? baca sini

Transparency’ is an important component for the ‘Combating Corruption’, which is one of the six NKRA under Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak’s leadership.

Ketelusan adalah komponen utama dalam membasmi rasuah, yang mana salah satu daripada Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Persoalannya adakah ini retorik semata?

Apa salahnya menerangkan apa yang sebenarnya untuk kita rakyat bawahan faham dan kita tidak mencanangkan apa yang tidak benar.

Tak tahu apa akan jadi hari esok. Adakah akan ada tuduhan lain untuk blogger selepas apa yang terjadi pada Hassan Skodeng?

P/s : Masih berfikir untuk daftar mengundi. Mengundi kini seperti keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

memandangkan hampir kesemua blogger pro BN 'memarahi' Rais kerana kes ini,aku nak mintak maaf dulu kalau post aku nih menyinggung perasaan korg..aku pon pro BN..jangan risau...dan betulkan aku jika memang aku salah...inilah masanya kita nak membuktikan sesuatu..rais (BN) vs rocky (BN)..kita perlua ketelusan..nampak tak..kita buktikan kat juak2 PR tuh yang mahkamah or kerajaan or sistem perundangan kita nih xmemilih bulu..

TETAPI ape yang pelik nya di sini,kenapa apabila juak 'disana' yang buat taik,xde pon mane2 menteri buat repot polis...apetah lagi menteri amaran,sonyap sunyi...ape nak ditakutkan...berani marah orang sendiri tapi takut nak tegur msuh,baik xyah jadi ketua!!kalo setakat kat orang2 sendiri je ko berani marah,habislah semua orang akan 'merajuk',pastu habislah BN time PRU13 nanti..tak paham ke???

lagi satu yang pelik,kenapa cepat sgt si rais nih buat repot polis??ni geng sendiri maa...tak boleh ke buat press statement untuk menafikan hal tu je...repot polis bukan kes kecik la...adeii...

tetibe ade bloggers yang nak boikot PRK galas n batu sapi sebab rais nih..mmm..yang ni aku xbape setuju..kita jangan la boikot PRK..rugi BN dan kita nanti..boikot dan hentam rais je la,tu pon jika memang dia bersalah dalam hal nih,which is kita xtau lagi..just korg semua jangan la boikot PRK Galas n Batu Sapi..rugi woo...kerajaan perlukan kita walaupon diorg berlagak macam kita nih xwujud...rakyat skrg dah malas bace paper,so blog n internet je la tempat rakyat mencari info....so,di situlah gunanya kita bloggers kan?

kita korek dulu kebenaran yang cuba dirungkai oleh rocky,kalau betul,kita hentam la rais...kalau salah,kita selaku bloggers jangan makan kawan..so,kita kena gak back up rocky..dia blogger otai,tapi dia bukan maksum,mesti ada buat salah...tapi kita selaku kawan dia kena la bantu dia...

itulah yang aku cuba maksudkan..jangan kita cepat menghentam 'team-sendiri'..blogger BN nak hentam menteri BN...kalau blogger kalah,bahaya..kalau menteri kalah,lagi bahaya...dua2 pon kena hentam ngan juak disana..tak gitu??

so,cara paling baik yang aku rase,kita tunggu je penjelasan rocky yang lebih lanjut pasal hal ni..kalau rocky salah,just admit it,tapi pastu kenala betulkan keadaan..kalau rais salah,hentam la dia kaw2 sebab dia buat salah...tapi, ''kalau xde angin,masakan pokok bergoyang''..adios..

Datuk Ibrahim Ali kembali muda...bukan Datuk dah...


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah di lucutkan gelaran Datuk oleh sultan kelantan...sebab ape?tidak pula dinyatakan...lagipun itu adalah hak sultan untuk memberi atau menarik balik gelaran yang di beri,tanpa memberi alasan apa2....adekah sebab ini...macam xde kaitan pulak..

namun beliau masih lagi mempunyai gelaran datuk utk digunapakai,iaitu drpd selangor dan melaka...so,Datuk Ibrahim ALi masih orang tua la....tapi tetap gagah Perkasa....takpe datuk..kami akan tetap sokong datuk dalam hal mempertahankan institusi Melayu ini!!!

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya. dipetik dari biaqpila.http://biaqpila.blogspot.com/2010/10/sultan-kelantan-lucutkan-gelaran-datuk.html


ibu seorang penipu.

Di satu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau. Aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah, aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyuman ku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal. Aku memandang ibu lalu bertanya, " ibu mengapa tidak makan sekali?" ibu membalas, "ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu. Tapi aku tahu yang ibu sedang menipu aku, dia belum bersarapan lagi. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.





Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus saja makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, ibu hanya pulang pada jam 2 petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan dia terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul 2 hinggalah ke pukul 6 petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam. Lalu, aku berkata, "ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni." Tetapi ibu menggelengkan kepalanya lalu berkata "tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni." Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, tetapi takkanlah sehingga tidak mahu berjumpa doktor.

14 tahun kemudian...

Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Pada satu hari itu, aku berkesempatan untuk menelefon ibu untuk bertanya khabar. " Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?" Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, " Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi." Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Tapi apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan.

Pada keesokan hari, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah, "Ada apa Mak Piah telefon ni?" Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah, aku terus jatuh terjelupuk ke lantai. Ibu telah meninggal dunia. Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah kata sudah masuk 2 bulan ibu menghidap batuk kering. Dia sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, dia hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?

Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah kata, naluri seorang ibu ni berlainan, dia sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepada ku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibu ku dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah.



aku kopipes cerita nih daripada mane aku xhengat...tapi sedih sgt...insaf...