Followers

Tuesday, October 19, 2010

Raja Dr. Nazrin - mantapkan institusi kekeluargaan..

sumber - peraktoday.

IPOH, 18 Okt (Bernama) — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah institusi keluarga perlu dimantapkan kerana trend ketika ini memperlihatkan sedang berlaku fenomena keruntuhan nilai moral dan kerapuhan institusi tersebut.

Baginda berkata nilai moral yang betul dan kekukuhan institusi keluarga adalah kriteria penting yang ditekankan oleh Islam dan diamalkan dalam adat Melayu.

“Pada masa yang sama generasi remaja perlu dibantu untuk dapat mengembangkan potensi mereka secara konstruktif lagi produktif. Ruang komunikasi antara generasi perlu dipermudah dan diperluaskan supaya jurang komunikasi dapat dirapatkan.

Penerimaan terhadap peranan wanita dalam era moden perlu difahami… masyarakat perlu menerima realiti akan kemajuan yang dicapai oleh kaum wanita serta peranan mereka yang semakin signifikan pada hari ini, beralih daripada peranan tradisi sebagai isteri dan ibu kepada peranan yang telah membuktikan potensi dan keupayaan mereka,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan ke-173 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini Isnin.

Baginda bertitah bahawa wanita semakin berupaya menggalas tanggung jawab lebih penting dan berat dalam pelbagai profesion.

Titahnya, perimbangan tanggung jawab menjaga anak dan mengurus rumah tangga perlu dilaksanakan secara adil lagi saksama di antara pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja dan mencari nafkah.

Dalam pada itu, baginda berpesan agar program-program untuk mengatasi masalah kemiskinan wajib terus diberikan tumpuan malah amat perlu ditingkatkan.

Titah Raja Nazrin, pemimpin masih belum layak mendabik dada mendakwa kejayaan selagi masalah kemiskinan belum dapat diatasi secara lebih berkesan kerana sasaran sifar kemiskinan adalah satu fardu kifayah yang wajib dicapai.

Sehubungan itu baginda menyarankan agar Jawatankuasa Masjid dan Kariah di seluruh Perak menganjurkan bengkel-bengkel perbincangan menurut zon masing-masing, membantu menghasilkan rumusan hingga dapat mencetuskan cadangan program-program bantuan zakat yang lebih memberi impak dalam usaha membasmi kemiskinan dan membangunkan ummah.

Di samping itu, baginda turut menyeru supaya bengkel-bengkel perbincangan dapat mencetuskan idea baru, mencadangkan program lebih inovatif untuk mengukuhkan institusi keluarga, menyemai nilai moral yang baik dan merapatkan jurang komunikasi antara generasi.

“Adalah menjadi hasrat Beta, mahu melihat penyertaan generasi remaja yang lebih ramai dalam bengkel-bengkel perbincangan yang dianjurkan… malah generasi remaja hendaklah diberikan ruang yang membolehkan mereka mencetuskan idea-idea baru secara terbuka dan berterus terang,” titah baginda.
Titahnya, jika sesuai, pengurusan majlis begitu juga pengurusan Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak hendaklah meletakkan program-program tersebut dalam rangka format selari dengan pendekatan di peringkat nasional yang memperkenalkan kaedah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).


pendapat aku - tuanku  bertitah perkara yang betul..kita mesti memantapkan hubungan di antara ahli keluarga..kena sentiasa amik tahu hal masing2...jangan sorok2..sebab sorok2 dan xamik tahu la menyebabkan perkara2 yang xsenonoh berlaku kat anak muda remaja zaman skrg nih,dan apabila di tangkap,ayat standard parents - 'anak saya adalah seorang anak yang baik di rumah'....ape kes??tengok anak pon sepuloh minit je paling lama satu hari ade hati nak komen anak sendiri camtu..hmmm...

tapi jangan plak terlalu 'berintitusi keluarga' mcm keluarga 69 nih...hehehe..habih semua nak disapu..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment