Followers

Thursday, October 21, 2010

apabila kambing pas mengembek...

sumber haprakdaily.

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) adalah alasan Pak Pandir.

“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PNB, bukannya kepada Najib sendiri.

Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Katanya, PAS berpendapat, kalau pun benar itu cadangan daripada PNB kenapa Najib sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. 

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB,” ujarnya sinis.

Soalnya lagi, bukankah Najib selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar  tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion.

“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi,” katanya lagi.

Ini, tambahnya samalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri kerana bukan bidang kuasa menteri.

“Sedangkan jawapan ini, orang buta dekat Pagoh pun ketawa,” ujarnya.

 
aku dah biasa tgk dan bace kambeng2 nih akan tetap mengembek apabila kerajaan bercadang nak membuat projek mega mcm ni...segala yg kerajaan nak buat akan dikatakan membazir duit rakyat...jambatan pulau pinang,klcc,LRT dan mcm2 lg lah... nak buat pondok guard pon akan dibantah kalau boleh..

ni aku nak tanya sket,kalau ko pandai sgt matematik, rm 4.5 juta yg ko guna utk beli 'bangunan UMNO' di kota bharu tuh, kenapa tak ko gunakan utk buat sekolah rm3juta ko tuh??bukankah itu lebih berfaedah drpd ko membazir duit rakyat utk membeli bangunan musuh ko demi melahirkan rasa bongkak dan bermegah2??? lagipon korg bukannya xde bangunan PAS pon kan?? sekurang2nya menara warisan digunakan utk kegunaan awam,bukannya kegunaan politik UMNO, bahkan bukan duit rakyat yg digunakan seperti yg korg tuduh, PNB dah nyatakan disini.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini berkata, pembangunan projek Warisan Merdeka yang mempunyai menara tertinggi di Malaysia, akan dibiayai melalui dana dalamannya sendiri tanpa ‘menyentuh’ langsung dana pemegang unit amanahnya.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, PNB, sebuah firma pelaburan terbesar di Malaysia, memiliki dana operasinya sendiri yang dikendalikan secara berasingan dengan portfolio dana para pemegang unit amanah.

‘‘Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),’’ kata Hamad Kama Piah dalam satu taklimat tentang projek Warisan Merdeka di sini hari ini.

haaa....PNB dah jawab mcm tuh..so??ko nak mengembek apa lg??nak kata PNB buat konspirasi??ke nak kata PNB buat duit haram??asyik nak komen je..tu la keje ko...xpenah ada komen yg membina langsung...

adios..

No comments:

Post a Comment