Followers

Wednesday, October 20, 2010

20:10 20.10.2010 melaka negeri maju....

tahniah kepada negeri Melaka dan DS Ali Rustam di atas kejayaan Melaka diiktiraf sebagai negeri maju..

Perisytiharan status negeri maju itu akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi persidangan video dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada jam 8 malam tadi disaksikan oleh rakyat negeri melaka dan DS Ali Rustam.

Melaka Maju 2010, sasaran 10 tahun oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akhirnya tercapai apabila negeri tersebut berjaya melepasi 32 kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) untuk layak diiktiraf antara kalangan negara-negara maju antarabangsa yang lain.

OECD merupakan pertubuhan 33 buah negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang paling tinggi di dunia. Tahap kadar KDNK negara terendah dalam OECD adalah Turki dengan pendapatan KDNK per kapita sebanyak AS$13,000 manakala pendapatan KDNK per kapita Melaka masa kini ialah AS$14,261.

No comments:

Post a Comment