Followers

Wednesday, October 20, 2010

TPM - UMNO bukan parti rasis....

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, parti itu tidak perlu apologetik apabila memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan bumiputera.

Meluahkan demikian ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Putera UMNO 2010 di sini malam ini, beliau berkata, sejarah menjadi saksi apabila UMNO memimpin, bukan sahaja orang Melayu mendapat nikmat malah semua kaum beroleh manfaat.

Dalam ucapan bertajuk 'Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan' itu, beliau mengingatkan bahawa politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis.
Dalam soal ini, beliau menarik perhatian bahawa parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum, boleh jadi amat rasis jika ia zalim kepada kaum lain.

''Kita tidak perlu apologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan tatasusila Melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu selagi mana kita berlaku adil kepada semua.

''Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan UMNO, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis. Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain,'' kata beliau.

Lebih 2,000 perwakilan tiga sayap parti tersebut menghadiri perhimpunan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Muhyiddin berkata, sejarah 53 tahun UMNO menerajui negara sarat dengan bukti-bukti kejayaan.

Dari segi pembangunan ekonomi, Malaysia bangkit daripada sebuah negara bekas jajahan yang berteraskan ekonomi pertanian untuk berdiri megah sebagai negara perindustrian yang berkembang pesat.

Berkat kegigihan dan wawasan jauh kepimpinan UMNO, kata beliau, Malaysia berjaya mengatasi kemiskinan tegar dan mewujudkan golongan kelas menengah yang besar.

Kata Muhyiddin, UMNO juga berjaya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum di Malaysia yang mana di beberapa buah negara majmuk lain, konflik mudah meletus dan berakhir dengan pertumpahan darah.

''Namun Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pimpinan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam mengurus perbezaan, kita telah menerima perbezaan ras, budaya dan agama sebagai sumber kekuatan. Bukankah ini satu kejayaan?

''Pencapaian ini bukanlah ibarat 'yang pipis datang melayang, yang bulat datang bergolek. Ia hasil kesediaan UMNO untuk menerima taklif kepimpinan negara sebagai satu pertanggungjawaban yang besar,'' kata beliau.
Atas dasar ini, kata Muhyiddin, UMNO sejak awal lagi memilih landasan perjuangan perjuangan sebagai parti nasionalis Melayu yang inklusif.

Kata beliau: ''UMNO menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu yang fitrah dan sahih.
''UMNO mengakui bahawa dalam sebuah negara majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai sekiranya semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap nikmat kemakmuran secara adil. 

''Justeru itu, UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum lain.''

dari dulu lagi aku tau UMNO bukan parti rasis...DAP lah kepala rasis dalam malaysia ni...cuma semangat kerasisan DAP itu telah dikaburi dengan segala tohmahan2 yang jumud terhadap UMNO drpd 'rakan2' seperjuangan DAP iaitu PKR dan PAS..walhal mereka juga melayu...tidak ada kah sedikit di hati mereka perasaan ingin menolong kaum dan bangsa sendiri?


inilah sebabnya aku benci parti pembangkang ini..DAP dengan agenda komunis nya..PAS pula sebab sudah terpesong drpd laluan Islam dan sentiasa menjadi tunggangan parti pembangkang yang lain,tidak pernah berdiri tegak dgn sendiri...PKR??ini parti pelacur rakyat...akan melacurkan segala harta dan maruah bangsa demi mencapai cita2 nombor wahid defuckto leader untuk menjadi PM...jangan harap!!

2 comments:

  1. Salam Ziarah,

    Mohon sesama link blog masing2 untuk melanyak fuckatan harammm...

    yeeehhhhaaaaaaaaa....!!!

    ReplyDelete
  2. gerakan timur....sudah di link kan..mari kita bersatu melanyak fuckatan riot!!!

    ReplyDelete