Followers

Tuesday, September 7, 2010

Tan Sri Musa Hassan...alahai...

12 september 2010 ini, tamatlah tugas tan sri selaku Polis Malaysia..lepas ni beliau bolehlah menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap keluarga..anak kepada seorang ulama terkenal Dato Hassan Azhari,abang kepada beberapa orang adik termasuklah Dato Jalaludin Hassan,pelakon terkenal dan juga Dato' Fuad Hassan, seorang ahli perniagaan, pemimpin belia dan ahli politik serta pernah menjadi ADUN kawasan Ulu Klang.

Tan Sri merupakan Ketua Polis Negara yang ketujuh dan berkhidmat bermula 12 November 2006. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Hj. Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai polis. Pada 13 September 2010, Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara Malaysia.

Semalam,Tan Sri telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana sepanjang tempoh  perkhidmatannya,segala keputusan dan tindakan beliau selaku KPN telah diganggu oleh pihak ketiga.siapa?adekah menteri XXX?adekah Dato xxx?adekah pakcik dobi?hehehe...

“Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada ‘command and control’ dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

“Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 September ini di sini, hari ini.

ini bukanlah kali pertama Tan Sri menyatakan terlibat dengan 'penyibok' dalam urusan PDRM..ingat kes Ummi Hafilda? Ogos 1997,dimana org no2 tertinggi dalam kepimpinan negara pada ketika itu telah mengarahkan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Dato' Mohd Said untuk menghapuskan bukti2 bagi melepaskan dirinya yang sedang menghadapi tuduhan LIWAT..paham2 je lah sape..hehe..

integriti PDRM lepas ini akan dipertikaikan,kerana pendedahan Tan Sri ini...kerana keputusan pihak polis sebenarnya tidak telus apabila ada campurtangan dari pihak ketiga,yang dtgnya dr pihak kerajaan sendiri..ape dah jadi nih?mcm mane nak menang PRU 13 nnt kalo rakyat dah tahu yg kerajaan tak telus??sepatutnya kerajaan jangan la campur tangan..biar je polis dengan siasatan dorg...ni bahan baik beb..juak2 pembangkang mesti akan sapu kerajaan habis2 punya..huish..insaf2lah wahai kerajaan..penat para bloggers dok sokong kerajaan,tapi kerajaan sendiri tak jaga diri sendiri...ape daa.....

adios..

No comments:

Post a Comment