Followers

Monday, September 27, 2010

Melayu...takkan kemana la kalo camtu je...

23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.


Bekas perdana menteri itu mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu. baca seterusnya disini.


kemudian seorang pakar ekonomi, pakar sejarah dan doktor pakar-Mr.Mahfuz Atkinson sepantas kilat kembali mempopular dirinya dengan mengeluarkan statement yang sungguh bijak tahap longkang; Mahathir macam raja lawak astro...malas aku layan mamat nih...menyemak je..

kita amik satu contoh negeri yang dah dirampas oleh PR-Pulau Pinang..diterajui oleh khalifah LGE, berbagai2 penindasan terhadap kaum melayu di negeri itu telah juak2 ini lakukan..blog mutiara melayu pulau pinang banyak menyentuh isu2 yang berkaitan dengan melayu p.pinang ini...ade juga suara2 sumbang yang mengatakan, kerajaan BN perintah dulu sama je...ape ke benak sgt...kalo same je means xde la perubahan yg ko buat...rakyat nak tgk perubahan...perubahan yg ade skrg ialah.......naikkan tarif air?? kekeke...

lagi satu negeri, PERAK...zaman pemerintahan 11bulan je beb...tp semua habis...pemberian tanah 999tahun...penukaran syarat rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo...tu belum masuk cerita Mb boneka lagi..hehehe...

ok..persetankan ape yang parti ape pon buat...macamlah kerajaan BN tuh bagus sgt pon..tapi aku xla kate BN tu same ngan PR sebab PR lagi teruk la...cuma ape yang aku nak pertikaikan kat sini ialah....MELAYU SANGAT MANJA!!!! kalo xde DEB tuh,dah lame dah kaum melayu nih duduk kat hutan...aku xkate semua..tapi kebanyakan nye...melayu ni pemalas..melayu ni degil..melayu ni manja..aku pon melayu..aku tau la..

kalo usha dalam penjara, pusat serenti, pemulihan akhlak,kebanyakan penghuni tempat tu ialah Melayu...mat rempit?mat ganja?semua nya kebanyakan nya melayu...KENAPA??


dari segi ekonomi..melayu jauh tertinggal berbanding kaum cina...dalam senarai 10jutawan di malaysia,berapa org melayu?SEORANG!! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary...beliau berada di no8 dalam senarai top 10..nasib baik lah ade tan sri ni,kalo x,xmerasa la melayu nak masuk senarai top 10...mmm

ok..berbalik kepada kata2 Tun..kalau PR amik alih Kerajaan, Melayu akan jauh kehilangan kuasa...kenapa agaknya??sebab melayu ni takde ape2 yang hebat pon!!!pandai buat riot je la...berdasarkan apa yang dah terjadi di negeri2 taklukan PR skrg, nampak gayanya melayu memang xkan memerintah lame la..di tadbir oleh cina dari belakang (contoh kerajaan pas perak), melayu hanyalah boneka untuk berpura2 menjadi pemimpin dan cina akan membolot semua kekuasaan dan kekayaan yang ada..

juak2 PR juga selalu mempertikaikan tentang DEB dan Artikel 153..kenapa?ape lagi yang mereka nak?sedangkan sekarang ni mereka dah lagi kaya dan hebat dari melayu..sebab diorg nak semua...SEMUA....jangan tinggalkan satu pon untuk melayu...tapi apa melayu buat?sokong!! aku masih xpaham...kenapa perlu sokong mereka2 ini???

ape yang Melayu perjuangkan skrg ni? negeri tanah melayu..tapi melayu xberepa nak berkuasa...xberapa nak hebat...dah tau xde semua nak bagi kat org lain kenapa?? aku bukan menghasut melayu supaya xbagi kuasa kepada kaum lain,cuma aku xpaham kenapa melayu nak bagi kuasa tuh sedangkan mereka masih lagi di tangga terbawah???adekah dengan memberi kuasa kepada kaum lain,maka kualiti melayu akan meningkat??ade bukti??

pernah seorang mangkuk reformis menyatakn kat aku,cuba kita bagi je kat PR perintah Kerajaan,kita tgk ape akan terjadi...mm..aku pon pernah tepikir hal ni,cuma aku 100% xyakin dengan juak PR ni..masing2 gila kuasa...sape nak jadi PM??lepas dah amik alih, adekah mereka xkan gubal undang2 dan mengenepikan artikel 153 yang mengutamakan kuasa org melayu?? adekah melayu akan selamat??

bukan nak kate jangan bagi kuasa kat kaum lain,cuma melayu perlu sedar, yang mereka ni masih lagi tercorot berbanding kaum lain di malaysia ini..jika kaum lain berkuasa,melayu tidak akan dapat bersaing semula...sekarang dengan adanya DEb,melayu dibela untuk bersaing..namun melayu masih lagi manja..bangkitlah melayu...sebelum nak bagi kuasa kat org lain,pastikan anda tuh sendiri berkuasa dulu...

dah la..aku dah start mengarut dah ni..kang meracau takut lagi teruk,,,btw,adekah aku rasis kalau bercakap tentang ini???adios..

No comments:

Post a Comment