Followers

Monday, September 20, 2010

reminder...perlembagaan, artikel 153....jangan disentuh....

aku saje nak remind kat sesape yg kat luar sana tuh, yang xpaham2 tentang artikel 153 nih...jangan ko cuba2 nak ubah apa2 dalam artikel nih...maybe dari segi perundangan artikel nih boleh di gubal dan di ubah...TETAPI, kalo di ubah artikel ni..tragedi 13 mei bakal berulang..di ulang...SEJARAH MUNGKIN BERULANG...kenapa??ada dibincangkan disini...

Artikel 153 Perlembagaan memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong untuk menjaga kedudukan keistimewaan orang melayu dan penduduk asal Malaysia, secara mudahnya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel ini mengspesifikkan bagaimana kerajaan sepatutnya melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu; kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. rujukan dari sini.


Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. rujuk di sini.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

 orang cina dan india yang wujud kat negara ketika ini bukanlah penduduk asal,tetapi di bawa masuk kedalam negara ini oleh pihak British untuk bekerja di negara ini...maka, PENDUDUK ASAL IALAH ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA....ade paham?? ade plak makhluk perosak yang baghal tahap kritikal kat negara ni nak suruh orang melayu balik ke indonesia...apesal plak??xbelajar sejarah kah??kalo orang melayu di suruh balik ke indonesia,maka siapa penduduk asal tanah melayu??TANAH MELAYU......???

aku bukan nak mempertikaikan hak orang cina dan india kat negara nih..tapi korang yang cuba mempertikaikan hak orang melayu..kalo degil sgt,nanti aku bagi AMARAN...amaran keras bak kata menteri amaran..hehehe....lu pikir la sendiri..adios..

No comments:

Post a Comment