Followers

Monday, October 18, 2010

buat kacau di pemilihan PKR memang ejen dari luar!!!

 'Dalang' kecoh tampil beri penjelasan 
 
SHAH ALAM - Selepas seminggu mendiamkan diri apabila dit! uduh Set iausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail sebagai orang luar yang mendatangkan kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Langat, Abdul Razak Halidi, tampil untuk sahkan beliau masih ahli PKR.




Menurutnya, beliau masih memegang jawatan ketua cabang itu dan pemecatannya pada 9 September 2008 tidak sah.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan pemecatan keahliannya, sebaliknya masih mempunyai keahlian B210000792 yang dicetak pada tarikh 2 November 2008.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau," katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Saifuddin pada sidang akhbar pada 6 Oktober lalu yang Abdul Razak adalah orang luar yang menjadi dalang kepada kekacauan MATC Kuala Langat.

Abdul Razak berkata, beliau juga telah membayar yuran keahlian sebelum proses pengundian yang melayakkannya menunaikan tanggungjawab terhadap pemilihan parti.

Katanya, tindakan menjawab dakwaan Saifuddin itu sebagai tindakan tepat.

"Masa inilah perlu membuat pembetulan. Jika makin berusia lebih sukar membuat perubahan mengenainya. Buat masa ini saya percaya salah guna kuasa dalam parti banyak berlaku dan saya minta penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan," katanya.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap parti dan Saifuddin.-SinarHarian

komen aku-maka tepatlah seperti yang dikatakan oleh saifuddin nasution bahawa ejen luar yang bertanggungjawab terhadap segala kerosakan dan kekacauan dalam pemilihan PKR si SELURUH NEGARA!!! ejen yang luar biasa!!!!hanya seorang sahaja nama yang diberi apabila diminta untuk berbuat demikian!!ape power sangat mamat nih..dari perlis sampailah ke sabah,mamat nih berkuasa untuk membuat kekacauan berseorangan...gila kentang!!

No comments:

Post a Comment