Followers

Wednesday, October 20, 2010

bila PAS buat,itu bukan rasuah...macam haram!!

KOTA BHARU, 19 Okt: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap seorang menteri yang mendakwa pengundi Dun Galas salah membuat pilihan pada pilihan raya umum lalu sehingga kawasan itu tidak membangun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kenyataan itu menafikan ‘perjuangan’ membela rakyat yang telah dilakukan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu pada sidang media Sukan Air Antarabangsa Kelantan 2010, di TIC, di sini.

Katanya, kerajaan negeri akan melancarkan projek pembangunan yang diusahakan oleh allahyarham di Bandar Utama Gua Musang sepanjang hayatnya tidak lama lagi.

“Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bakal merasmikan projek berkenaan,” ujarnya.
Takiyuddin seterusnya berkata, kenyataan menteri itu bukan sahaja menafikan usaha allahyarham, sebaliknya mengabui mata rakyat.

Baru-baru ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata pengundi Dun Galas perlu membuat pemilihan yang tepat pada pilihan raya kecil nanti memandangkan mereka telah membuat pilihan yang salah pada pilihan raya umum lalu.

Kata Takiyudin, selain pembangunan untuk rakyat seperti rumah kedai, perumahan, hotel juga turut dibangunkan untuk masyarakat luar yang akan meneruskan destinasinya ke Kota Bharu.

Menurutnya lagi, Dun Galas antara yang pesat membangun khususnya bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Sebahagian besarnya adalah hasil usaha allahyarham untuk rakyatnya, sebab itu sehingga hari ini rakyat masih terkenangkan allahyarham,” ujarnya.
dipetik drpd harakahdaily.


akupedulikhape - dengan menyatakan bahawa ADUN dahulu sgt efisien dgn menyediakan pelan2 projek, dan akan diteruskan oleh kerajaan sekarang,ini menunjukkan PAS Negeri tidak pernah turun padang!! selama 3tahun Arwah Che Hashim 'memerintah' dun galas,apa yg di bangunkan??rumah kedai??hotel murah?itu namanya pembangunan pesat??dan skrg nih apa plak yg cuba di sambung-usahakan oleh kerajaan negeri?? adekah PAS negeri cuba melakukan RASUAH POLITIK di sini??kalau UMNO yg buat nih,sudah di cerca sebagai rasuah politik untuk pilihanraya,kan??!!

apekah semua perkara yg dilakukan oleh juak PAS semuanya halal?bukan rasuah pilihanraya ke nih??aku xbape paham tentang definasi rasuah ke??

aku teringat mereka 'meminta' kerajaan BN menunaikan janji PRU manik urai...aku gelak besar beb..
1.BN kalah...perlu ke ditunaikan??
2.PAS punya janji kat semua PRK / PRU yg PAS kalah,bila nak tunaikan??jangan bagi aku search janji2 kosong itu sudahhh.....

adios..

No comments:

Post a Comment