Followers

Friday, October 29, 2010

konspirasi terbaru kerajaan dan kespatut ditangguh!!!

sumber utusan malaysia.


Tiga remaja ditahan disyaki liwat kanak-kanak

PULAU PINANG 28 Okt. - Polis menahan tiga remaja berusia 13 tahun kelmarin, setelah disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah pangsa di Bukit Gambir di sini, Ogos lalu.

Penahanan itu ekoran satu laporan yang dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Jelutong, di sini kelmarin.

Kejadian tersebut terbongkar setelah keluarga mangsa menyaksikan satu rakaman klip video aksi seks luar tabii itu yang tersebar di kalangan remaja di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.

Klip video selama kira-kira 30 saat itu dipercayai dibuat di kawasan kaki lima sebuah rumah pangsa oleh salah seorang rakan remaja lelaki terbabit menggunakan telefon bimbit milik seorang lagi rakannya.

Semua remaja itu yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C iaitu kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang dilakukan tanpa kerelaan, secara paksa atau dengan ugutan," katanya.


kes ini serupa mcm kes aljuburi,sebab dua2 kes main belakang...so pada firasat aku,kes nih juga  merupakan propaganda BN untuk menjatuhkan kerajaan PPinang dibawah pentadbiran kalifah LGE (Lu Gay Eh??)..video rakaman yg sedang tersebar trsebu 'pasti' merupakan hasil teknologi canggih yg dicipta oleh kerajaan...ini semua konspirasi!! jika kes ini masuk mahkamah,ia patut ditangguh-tangguh-dan tangguh....peguam kapal sing dijangka akan menjadi peguam bela yg kuat demam...

juak2 PAS pis pus akan membuat demonstrasi jalanan disamping berkhemah dan tidur di jalanan demi menegakkan syiar 'jangan-pandang-belakang-tapi-boleh-main-belakang' ini...

lu pikir la sendiri...

1 comment: